Super Duper Maniac Me

I know it's over and it never really began,
But in my heart, it was so real.
let's play safe, keep our mouth shut.
Thursday, May 31, 2012 | 2:29 AM | 0 comments
tak faham aku dengan manusia sekarang. hidup tahun 2012 tapi pemikiran macam orang lagi kuno dari dulu-dulu. senang sangat nak label seseorang tu lesbian ke, gay ke. kadang-kadang gaya tu tak semestinya mencerminkan apa seseorang tu. kalau betul pun, biar lah. apa lah sangat kita nak menegurnya. kita tegur ja mana yang mampu. kita sendiri pun tak betul mana mampu nak tegur orang lain kan? kalau cara dia aneh skit ja, dituduh gay ke lesbian ke camtuh. masa dulu, ya lah aku pun lebih kurang sama jugak, menuduh orang itu ini tapi bukannya betul pun. so, bagi aku tak perlu kita nak kena label orang itu mengikut gaya mereka. bila kita mengata dan membuat andaian buruk tentang seseorang, kita bukan saja memalukannya tapi kita ni dah membuat satu dosa iaitu fitnah. benda yang kita belum pasti belum ke tidak, dah kita menuduhnya.
if you know me, you would believe me.
Thursday, May 24, 2012 | 7:19 PM | 0 comments
semalam, hari sebelum. aku post moody jaa. ya lah kan, orang ada probs takkan la nak buat-buat tak ada apa kan. well, ada laa skit recovery dari down tuh. masih lagi down but recovered skit lah. nak sedih teruk pun bukan pasal apa pun. benda boleh katakan amatlah remeh tapi dah macam diperbesarkan kan?  so, apa yang aku nak cakap hari ni? well, selalunya bila aku nak post apa-apa kat blog aku ni, aku tak fikir pun apa yang aku nak post. random. maybe aku nak cakap pasal kawan kot since benda tu yang aku tengah alami sekarang kan?

kawan? friends? buddies? sahabat? kadang-kadang mereka ni lah yang menjadi jauh lebih rapat berbanding family. ada masa kita boleh cerita hal kita kat family dan ada kala kita rasa macam kawan is the best place for me to cerita. so far aku happy dengan kawan aku. i have the best one! well, tak semestinya kawan akan ceria ketawa all the time. dia pun ada ups and downs dia. what's most important about friends is trust. baru-baru ni aku baru saja break trust tuh. *nice job* apa-apa ja. trust ni banyak caranya. we can say trust in so many ways but depend on the individual to understand it. macam aku, aku dah tak rasa laman sosial macam Facebook, Twitter, Blog and others something privacy bagi aku. some times ada lah benda tu jadi medium untuk aku berhubung secara private tapi aku tak rasa benda ni is so important. more to a place for me to bond with my friends. but, ada orang dah fikir aku dan ganggu privacy dia. well, salah aku jugak masuk, dah la tak bagitau kan. macam aku dulu masa kat uitm, aku dah biasa share twitter, facebook aku semua dengan intan. dan aku tak mintak pun benda yang sama dari dia but kalau dia tunjuk dia bagitau aku tengok jaa. walaupun aku tak kenal intan lama tapi aku dah mampu share dengan dia dan aku percayakan dia. kita tak kenal lama tapi tak kisah, orang yang kenal lama, kisah? macam aku cakap tadi, bergantung pada individu tu kan? hmmm.

sebenarnya aku rasa trust dalam friendships aku ni tak ada. i mean, dah kenal lama, tapi gaya macam kita ni asing. aku mengaku kesalahan aku tapi aku pelik, kenapa orang yang baru kenal mampu percaya dan tak kisah tapi orang yang aku kenal lama dah macam marah bagai. yang paling buat aku sedih is bila orang yang aku percaya macam tak percayakan aku. doubt. dan seeloknya tanya saja terus dekat aku. kalau aku mampu share almost whole of my life, satu soalan tu won't hurt a bit. cerita betul la, aku ni dah jadi malas to be or to fall in love cause everytime i do, i'm hurt. dan aku bukan suka pada kaum sejenis ke apa. my past about love makes me feel like i don't wanna fall in love. biar ja lah, kalau ada, ada lah. kalau takda takpa.

aku ni sebenarnya dah letih. letih dengan apa yang aku tanggung. sejak aku sekolah sampai lah ke university life, masalah menimpa aku. tapi aku diam. aku tak pernah tunjuk. sebab aku takmau bebankan orang sekeliling aku. orang tengok dari luar, indah hidup aku ni, tapi tak pun. tapi aku bersyukur tuhan masih beri aku nikmat walaupun tak banyak, tapi aku masih bersyukur. ada orang lain jauh tak mampu berbanding aku. satu ja aku akan cakap, jangan tanya kenapa aku berubah. mungkin tak banyak tapi akan jugak ada perubahan. aku dah letih jadi diri aku yang dulu. fikirkan orang lain sehingga diri aku ni diabaikan. fikirkan tentang orang sampai cederakan diri sendiri. orang nak marah ka, taknak cakap ka, nak pulau, nak bebai, nak maki, nak ignore ka, buat lah. aku dah biasa dipulaukan dan insyaallah aku mampu hidup selagi aku masih ada family aku.

aku ada limit, aku ada batas. bila aku rasa sampai situ, sampai situ ja lah. apa yang aku rasa betul bagi aku dan aku dah buat, cukup. aku tak kan merayu, meminta dan mengharap.


i know, i know. i'm getting chubbier -.- 

i weren't strong like i used to
Wednesday, May 23, 2012 | 11:43 PM | 0 comments
i'm sorry. i need time. aku tak rasa diri aku sekarang ni. benda yang kecil perbesarkan. so not me. apa yang aku tengah rasa is sedih, sakit hati, dan marah. semuanya negatif dan aku tak nampak pun positifnya. maybe aku perlukan sedikit masa untuk aku calm down and be myself back. aku dah hilang diri aku yang sebenar. aku dah jadi orang yang moody, mood tak tentu pasal, nak marah, nak bebai dengan orang tak pasal kan. sangat bukan diri aku. even dengan family aku pun aku dah tak banyak bergaul. sejujurnya aku rindu diri aku yang dulu. aku rindu diri aku yang tak lemah macam ni, yang tak ambil benda terlalu serius. mungkin aku ni ditimpa banyak sangat masalah sehingga aku tak larat nak menanggungnya. aku sebenarnya dah letih, letih dengan semua ni. orang kata, bila kita ditimpa dugaan, ia menguatkan kita, tapi bagi aku, bila aku ditimpa dugaan, aku makin lemah. aku dah tak jadi wa'izah dulu yang kuat yang mana orang boleh bergantung. betul kan, kita tak semestinya kita akan kuat selalu. dekat kawan aku, sorry. hampa tau aku. aku akan buat benda pelik bila aku ada probs. bila aku ada masalah. aku bukannya tak nak share, tapi aku nya masalah ni kadang-kadang aku malu nak share. entah lah. kita tak akan gembira sentiasa.
| 7:45 PM | 0 comments
i'm done
malas
| 6:20 PM | 0 comments
cuti panjang sangat ni buat otak aku makin bercelaru ada lah. serious aku nak balik merbok. aku dah star fed up duduk penang dah. aku ni mudah sangat terasa hati entah kenapa. malas aku nak fikir. serabut ja haa fikir. bila aku kena macam-macam benda ni akan buat aku jadi heartless dan makin heartless. aku nak malas. tu ja aku mampu cakap. malas dengan semua benda ni.
| 3:44 AM | 0 comments
tahu tak perasaan aku bila nak jaga hati orang sampai hati aku sendiri tak terjaga. tahu tak banyak benda main dalam otak aku. walaupun benda ni macam tak serious tapi sakit hati aku. orang yg aku percaya seolah macam tak percayakan aku. orang yang aku cerita semua benda tak percayakan aku. hang nak tau something tak? hang tau tak dalam otak aku ni aku fikir mak hang tak suka aku semua. macam2 aku fikir. kadang2 benda yang aku cerita kat hang even family or orang lain pun taktau. aku cuma tak fikir benda tu boleh main dekat otak hang.
ok
| 3:28 AM | 0 comments
aku dah agak. kadang2 instinct ni betul. bila aku tak sedap dan aku rasa benda tu pasal aku, aku boleh rasa. dan kenapa mesti betul pasal aku dan sakit hati bila tahu. nampaknya cara aku melawak dan boleh buat orang salah tanggap tentang aku.
friends kawan teman buddies
Sunday, May 20, 2012 | 12:06 PM | 0 comments

my buddies :) 

sweet stuff doesn't mean have sweet ending huh?
| 12:01 PM | 0 comments
benda yang sweet dan romantik tak semestinya ending dia pun sweet dan jugak romantik. maksud aku, benda ada ups and downs dia but sayang lah benda macam ni jadi disebabkan masalah kecik sahaja. aku pun tak mampu nak judge sebab benda ni bukannya jadi dekat diri aku. apa yang aku mampu cakap is try to settle benda ni elok-elok. setiap masalah ada jalan penyelesaian. kita sendiri yang kena cari jalan tuh. aku taknak benda ni berakhir dengan masam muka sebab dua kawan yang rapat. all i hope is both of you back good together.
semuanya perlu la kan salahkan aku, diri sendiri?
Wednesday, May 16, 2012 | 9:02 PM | 0 comments
cuti yang panjang sepatutnya aku tak duduk. instead cari kerja dan kerja dan jangan terperap duduk rumah sebab bila apa saja jadi kat rumah, salah tu akan letak atas diri aku ni. aku paling fed up dan menyampah bila benda aku tak buat dan aku yang kena. lain kali buat sendiri, jangan suruh aku. nak suruh orang tapi nak marah. bukannya aku nak disrespect ka apa, tapi jangan buat sampai tahap aku menghormat hilang, tu saja sebab aku pernah hilang rasa hormat tuh.

bila dimanjakan sejak kecil jadi macam ni, terlalu berpaut pada orang sampai apa pun tak boleh nak buat and guess what, you have another generation of you. aku tak pernah nak membantah apa keinginannya. aku turutkan saja walaupun terpaksa. tapi, apa yang aku dapat? semua ni seolah nak penuhi impian dia yang tak tercapai saja. keinginan aku? minat aku? pernah setuju dengan apa yang aku minat? dengan apa yang aku nak belajar? pernah? tak! langsung tak. apa yang tahu, mengarah aku ni tu saja. aku mengaku aku jenis rebel. aku kuat membantah, dan jangan aku membantah lagi teruk. aku cuba cool down kan diri aku bila marah dengan duduk diam sebab aku taknak create an issues.

dan alasan kenapa aku malas nak balik is because of this. percaya atau tidak, aku rasa tenang duduk kat merbok berbanding duduk kat penang/rumah! sebab tu kalau nak nampak aku kat rumah bila cuti sem, cuti midsem or cuti yang seminggu macam tuh. kalau takat 2 ke 3 hari tuh, aku takkan balik. perli ahh aku suka duduk merbok apa semua, but memang aku suka pun. sebab sana lah tempat aku rasa tenang dan takda siapa yang salahkan aku tentang ni ke apa. aku taktau nak buat apa bagi sedar. apa lah sangat aku ni kan. tapi tolong lah, berfikir yang dunia ni bukan diri sendiri saja semata-mata. fikir jugak pasal orang lain. jangan lah self fish sangat. tahu lah duduk dimanjakan tapi jangan ingat sekarang pun.

dan balik buat aku berdendam is because kuat mengungkit. apa, selama ni tak ikhlas la? terpaksa la? pernah tak aku ungkit apa-apa yang aku dah buat? tak pun. tapi, bila gaduh ke apa, ha mula lah nak mengungkit bagai dan tu yang buat aku betul-betul menyampah. tu yang takda berkat sebab semuanya nak mengungkit. keburukkan diri kita mana laa kita nampak kan. tapi bila orang tegur bukannya nak dengar. suka buat besar kepala macam dah bagus sangat. nak cerita keburukkan ni banyak, tapi aku ni ada lagi hati dan perasaan taknak memalukan sebab keluarga sendiri.


Older Post